TERMA DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

TERMA & SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Penyertaan adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan penduduk tetap
Malaysia berusia 18 tahun ke atas.

2. Penyertaan terbuka kepada professional dan amatur.

3. Tema karya adalah bebas asalkan tidak menyentuh sensitiviti agama/bangsa dan
unsur-unsur keganasan melampau atau seks yang jelas. Bahan cerita mestilah asli/
original.

4. Penyertaan pertandingan adalah terbuka kepada filem pendek yang baru dihasilkan atau yang tidak pernah memenangi di mana-mana pertandingan di peringkat kebangsaan.
Filem pendek yang dihasilkan boleh berbentuk di dalam pelbagai kategori serta konsep dan tema tetapi hadiah yang ditawarkan hanya kepada 3 pemenang keseluruhan.

Filem pendek yang dihasilkan boleh berbentuk drama, dokumentari, fiksyen, animasi, grafik dll.

5. Durasi filem adalah tidak melebihi 10 minit.

6. Hadiah yang ditawarkan kepada para pemenang adalah:

Hadiah Pertama – RM 3,000.00 berserta Trofi dan Sijil Penghargaan
Hadiah Kedua – RM1,000.00 beserta Trofi dan Sijil Penghargaan
Hadiah Ketiga – RM 500.00 beserta Trofi dan Sijil Penghargaan

7. Hadiah istimewa kepada 3 orang penonton bertuah yang memberikan komen kreatif serta membina kepada filem yang dipertandingkan. Masing-masing mendapat RM 150.00 seorang.

8. Penggunaan bahasa dalam Filem Pendek adalah bebas tetapi perlu disertakan
sarikata dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

9. Format filem untuk penyertaan hendaklah dalam bentuk cakera padat video
digital (DVD) dalan format .AVI atau .MOV.

10. Setiap penyertaan hendaklah disertakan sinopsis cerita Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. (tidak melebihi 100 patah perkataan.). Penyertaan juga harus dilampirkan senarai penuh tenaga produksi yang terlibat didalam penghasilan filem pendek tersebut.

11. Penyertaan tidak dikenakan sebarang bayaran. Peserta yang berminat boleh
menghantar seberapa banyak penyertaan dengan menggunakan borang penyertaan yang disediakan (satu borang untuk satu judul filem).

12. Peserta haruslah mendapatkan kebenaran hak cipta penggunaan seperti musik, imej atau sebagainya oleh pemunya hak. Peserta perlu menghantar salinan surat kebenaran penggunaan hak cipta kepada pihak penganjur. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tindakan undang-undang diatas perlanggaran hak cipta oleh para peserta.

13. Segala kos penyertaan pertandingan akan ditanggung sepenuhnya oleh peserta
dan pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kos serta kehilangan
sebelum, semasa dan selepas pertandingan.

14. Filem pendek yang dipertandingkan akan di muat naik melalui laman web “Youtube” dan akan di “embed” di laman sesawang EISFC bagi tujuan penjurian dan tayangan umum secara percuma sepanjang masa.

15. Keputusan dibuat adalah 100% daripada hasil undian “Like” melalui akaun “Facebook” oleh penonton di laman sesawang EISFC sahaja.

16. Penyertaan akan dibuka pada 1hb Oktober 2011 dan filem pendek akan mula dimuat naik  mengikut konsep "FIRST COME FIRST SERVE" bermaksud penyertaan awal akan dimuat naik dahulu. Bermula pada tarikh tersebut butang “Like” akan dibuka untuk undian penonton. Tarikh tutup penyertaan serta undian adalah pada 31hb DISEMBER 2011 tepat jam 12.00 malam waktu tempatan. Penyertaan selepas tarikh tutup adalah tidak dilayan. Pemenang akan diumumkan satu minggu selepas tarikh penutupan untuk tujuan penjurian melaui laman sesawang ini.

17. Pihak penganjur berhak membuat keputusan mengikut budi bicaranya sekiranya
terdapat sebarang kekeliruan atau keraguan mengenai syarat-syarat pertandingan yang
dinyatakan. Keputusan penganjur dan juri adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan.
18. Pihak penganjur berhak menyimpan kesemua salinan filem (DVD) yang
dikemukakan oleh peserta untuk pertandingan.

19. Pihak penganjur berhak meggunakan filem-filem tersebut atau sebahagian
daripadanya untuk tujuan publisiti dan promosi, atau untuk tayangan.

20. Hak cipta skrip dan hasil terakhir adalah kepunyaan pemenang dan penganjur bersama. Sekiranya terdapat pihak ketiga yang ingin menggunakan filem ini dan hasil kandungan filem ini dalam sebarang bentuk untuk sebarang tujuan haruslah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

21. Borang penyertaan boleh dimuat turun di sini: Borang Penyertaan dan penghantaran filem pendek boleh dihantar terus di alamat seperti yang tertera di bawah.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan sekritariat kami:

Excellent Studio Sdn. Bhd.
Lot B3a-3a, Jalan Selaman 1
Dataran Palma, Jalan Ampang
68000 Ampang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia
Tel: 03-42703201      Fax: 03-42703202
Email: excellentstudio@unifi.my