MENGENAI EISFC 2011

Pertandingan Filem Pendek Indie “Excellent” 2011
 “Excellent” Indie Short Film Competition 2011 (EISFC 2011)

Penganjuran pertandingan Filem Pendek Indie “Excellent” 2011 (EISFC 2011) adalah bertujuan untuk mengiktiraf karya filem pendek yang dinilai terbaik dalam menggalakkan pembangunan industri hiburan di Malaysia. Di samping itu, ianya menjadi ruang pertemuan oleh penggiat seni tanah air yang mempunyai bakat kreatif dan unik dalam dunia perfileman di Malaysia.

Filem pendek yang dihantar akan dimuatnaik di dalam laman sesawang untuk tatapan umum dan akan di nilai serta di undi oleh penonton laman sesawang. Tiga filem pendek terbaik yang mendapat undian “Like” terbanyak oleh penonton laman sesawang akan dipilih sebagai pemenang.

Objektif penganjuran EISFC 2011 adalah:

I)     Membantu menyemarakkan lagi penerbitan filem pendek di kalangan penggiat filem tempatan.
II)    Memberi ruang kepada masyarakat Malaysia untuk menonton serta menilai karya seni filem pendek tempatan bagi meningkatkan mutu penghasilan untuk mencapai satu taraf yang tinggi.
III) Memberi pengiktirafan dan sokongan kepada penggiat-penggiat filem pendek tempatan.

Untuk makluman semua, penganjuran pertandingan ini adalah hasil usaha sendiri oleh pihak pengurusan Excellent Studio Sdn. Bhd. atas dasar untuk membuat sebuah landasan supaya dapat mengenengahkan bakat bakat seni yang ada pada penggiat seni tanah air untuk dipertontonkan terus kepada masyarakat Malaysa khususnya. Oleh sebab tersebut, pihak kami tidak dapat memberikan paparan yang menarik kerana menggunakan sumber “Open Source” yang ada serta hadiah yang tidak begitu lumayan buat masa sekarang kerana modal permulaan adalah melalui poket kami sendiri. Pihak kami juga meminta maaf sekiranya terdapat kelemahan didalam penganjuran pertandingan ini atau melanggar mana mana hak cipta serta undang-undang. 

Segala komen serta cadangan amatlah di perlukan bagi meningkatkan lagi mutu pertandingan di masa akan datang supaya ianya menjadi sebuah pertandingan yang berprestij. Ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus menyokong industri hiburan tanah air yang kita cintai. Salam 1 Malaysia.